Monday 25 February 2013

Jom sebut DIA !

| 26 Feb 2013 |
15 RabiulAkhir 1434

" Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. "

[ Al- Ahzab : 42 ]


Jika boleh mengingati seseorang lantas menyebut nama dia 24 jam. Adakah kita menyebut nama Allah Yang Maha Agung pagi dan petang?

Manusia. Mahkluk yang diciptakan oleh ALLAH yang bersifat gelisah. Tidak kekal dan tiada kuasa atas sesuatu dan hanya berpangkat hamba-NYA selama-lamanya. Lemah dan mengharapkan kepada sesuatu kebergantungan. Mudah lupa. Sering Melakukan kesilapan. 


Itulah manusia. Sering dipalit dengan rasa hina kepada Allah bagi mempertingkatkan rasa hamba kepada-Nya. Layakah kita menyebut nama manusia setiap masa.

Adakah kita lupa bahawa hanya DIA yang layak disembah. Hanya kepada DIA tempat kita bergantung. Bukan kepada manusia. Bukan kepada material. Material dan Manusia itu lemah lagi diciptakan dalam keadaan gelisah. Mana mungkin manusia yang gelisah boleh menolong kita.

Ya, hanya ALLAH.

1449
Amir Akmal

Ouch! Sekejap je rupanya...

[ Ghaafir 40:39 ]

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. "

Jelas bukan? Jadi mengapa manusia lebih suka mengejar yang bersifat sementara. Adakah kerana mereka tidak tahu membaca? Mungkin tiada siapa yang mengingatkan kepada mereka.

Iman. Apabila kita mempunyai iman, maka kita akan menjadikan dunia ini sebagai ladang bagi mengumpul sebanyak mungkin kebaikan. Tidak terbatas kepada diri sendiri, kita juga boleh menyebarkan kebaikan tersebut kepada orang lain. Jangan sesekali meletakkan dunia dihati, tetapi letaklah dunia hanya ditangan kita, kerna apabila dunia berada didalam hati kita , takut-takut hati kita akan dikuasai oleh dunia, seterusnya menjadi dunia sebagai tuhan kita. Moga dijauhkan.


Rebutlah sebanyak mungkin ganjaran didunia ini agar kita mempunyai bekalan diakhirat sana. 

Thursday 21 February 2013

Siapa beri rezeki?




[ Surah Ar-Ra'd 13 : 26 ]

Allah memberikan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.


Sering kita mengatakan bila diberhentikan kerja , atau tidak belajar, sering dikaitkan dengan rezeki.
 macam mana kau nak makan? macam mana kau nak tanggung anak bini? macam mana. macam mana. Sering dipersoalkan tanpa kita melihatkan kebergantungan kita kepada Allah. 

Pelajaran dan Istiqomah dalam pekerjaan merupakan usaha. Tapi, siapa yang mampu menghalang-Nya untuk tidak memberikan atau menyempitkan rezeki kita? Tiada siapa mampu. Kita hanya hamba-Nya yang sentiasa menagih simpati daripada DIA.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...