Saturday 31 March 2012

JAUHI RIAK



Riak... Apakah RIAK ? Ok.. Meh read sikit !


Riak merupakan penyakit rohani yg mengancam kemurnian akidah umat Islam wlaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat kelak. Yela, korang cuba bayangkan korang ada duit RM 10, tapi disebabkan riak jadi duit RM 10 hilang secara tiba-tiba. Mesti rugikan~

Imam Al- Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat bahawa riak menuntut kedudukan atau meminta dihormati orang ramai dengan amalan yg ditujukan untuk akhirat.

Paling mudah disimpulakan , riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian, atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini bertentangan dengan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapakn redha Allah. 

Dalam hadis pertama daripada hadis 40 Imam Nawawi disebutkan bahawa setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat :
" Sesungguhnya setiap amalan perbuatan dinilai dengan niat...."





Jika penyakit riak dibiar terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurniaan akidah, keluhuran akhlak, dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amal kebajikan hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Tapi kan lagi elok jika kita IKHLAS, dapat PAHALA! InsyaAllah^_^

Saturday 10 March 2012

Love Letter From Her:)

Wah! Tajuk jiwang bagai! ..hehe..Tapi, itular yang berlaku. Aku dapat surat cinta pada usia 'emas' ni? OMG!...
Tanpa disangka betul.



Teringat lak zezaman sekolah dedulu (bru je 2 tahun tinggalkan alam persekolahan) ,kalau suka kat sesorang tu mesti bagi surat tanda kita admire pada dia..Betul tak? Aku sama je macam budak-budak lain yang membesar. So, aku dah lalui semua tu. Surat. Bedak. Minyak wangi. Minyak gamat. Minyak masak. hehe..Semua bagai minyak nak letak. Tujuan cuma satu iaitu nak pikat si pembacanya. ( Dibacakah? )..


Ayat popular mesti " pecah kaca pecah gelas, dah baca harap balas ".. Tapi , kalau dia balas surat kita mesti kita happy kan? Kekadang sampai ada yang simpan surat tu. Nak di frame agaknya...

ni lar bedak yg popular yg biasa digunakan.


Dulu, aku pon bergiat aktif jugak dalam kegiatan ni. Tapi, hampeh.. Seorang pun tak sangkut..Haha..Biasalah, kanak-kanak. Oh! Masa aq darjah 5, aku ada minat kat sorang permpuan ni. Peh..Lawa beb! Putih melepak. Letak lak whiteboard pon confirm tak leh nak bezakan..hehe.. Suatu hari tu aq tulis surat kat dia. Ada 3 layer. 
1. surat tersebut.
2. kertas letak bedak.
3. surat khabar.

Then, aq stapler keliling surat tersebut. Peh, memang lawa r aq bikin.. " Kringggggggggg" , bunyi loceng rehat.. Ni lar masa yang sesuai untuk menjalankan misi.. Aku pon p meja budak perempuan tu untuk selitkan love letter dalam laci dia. " Fuh! harap-harap dia baca ", getus hatiku.

Saat bertemu saat. Minit bertemu minit. Jam bertemu jam. Tak ada reaksi pon daripada si dia. Aku pon menjalankan penyiasatan. Aku pun tanya member si dia. " eh. dua hari lepas B ada terima surat tak?".. Member si dia dengan slumber menjawab , " ada. tapi dia dah buang dalam tong sampah"..

Aku terkesima di situ~.~


NOW!

Ok2 cukup berkhayal ! Ni aq nak share love letter from her. ^_^

SHE = Nursyazwani ialah pelajar Sek.Keb.Sri Biram. Seorang yang sangat comel^_^
Aq jumpa budak ni masa program Teach Malaysia Teach ( TMT ) under kelab In-Smartive UMP. Team ktorang kena ajar bahsa Omputih kepada budak-budak drjah 4/5. ' Kak Ummu ' diatas ialah rakan sepejuangan aq bagi mengajar budak-budak tersebut dalam kumpulan yang kecil. Aku kira misi ni berjaya jugak, sebab dia boleh tulis ayat dalam bahasa Omputih event ia ayat jiwang. Sekurang-sekurangnya ia cuba dan menulis serta memahaminya kan? Keep Going !^_^ 

~sekian~

( cerita aku itu hanya rekaan semata-mata ..hehe )

p/s : Cinta itu tak haram, Couple itu HARAM.

~Bercinta selepas nikah itu indah~

Thursday 8 March 2012

Hubungan Etnik

Assalamualaikum.. fuh! lame jgk aq tak entry post ni.. Biasalar , busy semacam je..( busy, tp online wajib) ..hehe..

Ok lar, nak dipendekkan citer, baru-baru ni aq baru jep pas siap bikin 1 video pendek bagi subjet berkod UHM 2022 .. Apekah? haha.. Itu lar kod bagi subjet " Hubungan Etnik "...Tajuk yang diberikan ialah ' PLURALITI DAN PLURALISME DI MALAYSIA '..Mula-mula aku tak paham jgk ape makna benda tu.. So, tanya Mr.Google!

team musuh berbaik sesama ku..hehe
Team aq memulakan pengambaran bermula pada 1 Mac iaitu pada Khamis malam , kerna aq balik pada 2 Mac iaitu keesokan hari kerna terlalu rindu pada family aq..! Sebulan aq tak balik boh... Malam tu team aq try siapkan 1 scene je.. Selebihnya mereka tunggu aq balik la..macam 'Director' lak aq ni..hehe..:D

Ok, pas aku balik pada Ahad, gerak kerja diteruskan pada petang Isnin... Fuh! Penat + Malu jgk.. Ye r, wat kat tempat laluan orang..hehe..Sabor je la~.~ 

kelegaan terasa!:D
Buat punyer buat, hingga malam selasa ( nak submit hari rabu ) tetibe software Sony Vegas ni wat masalah pulak... Vegas ni tak boleh nak ' Render as ' or bahasa simple nya ' nak keluarkan output video tersebut ',, terpakse aq bergegas mencari laptop temanku pada pukul 2 pagi tu! peh! bayangkan lar! Geram jgk aq mase tu... Tapi ingat DOA KEPADA ALLAH ITU PERLU SENTIASA , bukan masa susah je baru nak cari Allah..^_^

Akhirnya, jumpe jgk member serumah aq..Alhamdulilah, siap jgk..Aq pun bangun seawal 5 pagi utk convert kepada MKV..Lega rasenya.. 


gaya kumpulan presenter.





" TAHNIAH " jugak kpd group yg same tajuk dgn aq. Video korang memag best!

SEKALUNG PENGHARGAAN kepada :-
1.Ahli team yg menjayakan video ni.
2. team yg membentangkan sebelum aq.
3. my lec.
4.Org yg sponser software tu.
5.pemilik video cam.
6. Sume org.



* harap boleh komen video tu , krna ni 1st time aq wat video. :D

Sunday 4 March 2012

감사합니다 ! ( TERIMA KASIH )

Assalamualaikum. . . . 
Entry ni khas aq tujukan kepada MadNip kerna telah mengajar aq bagaimana nak wat Link Within yg baharu sahaja di save kan dalam blog aq ni.. Amcam, smart tak? hehe.. Sekalung penghargaan aq ucapkan..^_^ nah hadiahnya!
cepat2 makan.. nanti cair.. :P

wah..pas ni makin mudah lar nak cari older post..
harap dapat mempermudakan korang..^_^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...