Thursday 2 May 2013

Lihat. Berpikir. Ambil Pengajaran.


Katakanlah:

"Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "

- (Al-'Ankabuut 29:20)

- - - - - - - -

Berjalan di muka bumi Allah dan berfikir itu perlu.

Lihat disekeliling. *Pandang kanan, kiri, depan dan belakang.

Hebat bukan ciptaan Allah? Tiada siapa mampu menandingiNya, walaupun setinggi mana teknolongi yang dihasilkan.

Lihat saja tangan yang digunakan untuk menaip itu.

Manusia hanya mampu menyerupai bentuk luaran itu, dan itu dikira 'meniru' tetapi adakah manusia mampu menghasilkan receptor yang berada di tangan.

Lihat jari.

Allah menciptakan setiap manusia berbeda cap jari. Cool right?

Lihat alam. Pikirkan.
Alam sentiasa berkerjasama dan saling bergantung untuk menstabilkan dunia.
Hilang 1, maka ecosistem akan terjejas. MasyaAllah, hebat!

- - - - - - - - -

Jadi?

Lihat dan fikirkan kemudian mengambil pengajaran.

Ramai manusia hanya tahap, ' Lihat ', sedikit yang memasuki tahap ' Berfikir '.

Tahap ' Mengambil pengajaran ', amat jarang-jarang.

Lihat surah Al-Nahl ayat 11 - 13! ( http://www.surah.my/16 )

Ayuh! Bangkit!

- - - - - - - - -

Amir Akmal
252013
0942

Saturday 27 April 2013

Awak perlu lajukan kayuhan itu!


"Sikit je lagi. Jom kita kayuh sesama."

" Tak apa lah. Kau kayuh lah dulu. Aku kayuh slow-slow. I will follow you. "

" Arghhh! Mana air?! Aku haus ni! Urus setia tak buat kerja! "

" Woiii! Jangan pintas aku la. #*@@& betul la! ".

. . . . . . . . . . . . . .

Cemuh. Penat. Puas. Banyak ragam dalam melalui kayuhan 33km.

Kayuhan diteruskan walau penat terasa. Kayuhan tidak perlu laju seperti hendak berlumba di veldrom.
Cukup dengan kayuhan istiqomah.

Tidak perlu laju mahupun perlahan. Tetapi, kayuhan yang berterusan.

Kayuhan seperti kehidupan kita.

Walau bagaimana kita mengeluh, mencaci, memberikan alasan , kita tetap perlu mara kehadapan.

Jangan terburu-buru. Istiqomah itu penting dalam apa jua keadaan.

Mari kita mengambil contoh :

Manusia A boleh mengayuh sejauh 1km dalam masa 2minit, tetapi kesannya dia akan terlalu kepenatan dan kemudian berhenti.

Manusia B pula boleh mengayuh sejauh 1km dalam masa 5minit tanpa terburu-buru dan istiqomah , kesannya dia boleh memintas sambil tersenyum dan mungkin melambai-lambai memintas manusia A dan kemudian mengayuh tanpa berhenti hingga ke garisan penamat.


Jeng. Jeng. Mana yang anda pilih? A atau B. 

Sama seperti manusia, manusia hanya mencapai sesuatu dengan cepat. pantas beroleh kejayaan. Tetapi, kita lupa akan intipati didalam kejayaan tersebut. 

' Istiqomah '

Perkataan yang mewakili hampir kesemua dalam intipati sesebuah kejayaan. 
Disitulah adanya kesabaran, kesedihan, kekuatan, dan kecekalan.

Pepatah arab juga menyebut iaitu. :
" Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus ".

Begitu besarnya kuasa istiqomah yang perlu diserap dalam kehidupan kita.

Mari kita membina diri dengan membiasakan dengan halangan-halangan dalam kehidupan agar kita dapat membina kecekalan dalam kehidupan. Masakan sifat istiqomah akan datang secara tetiba dalam diri seorang tanpa latihan yang berterusan.

Dush! Jangan mimpi lar!

. . . . . . . . . . . 

Dalam kayuhan, ada manusia yang akan menemani kita dalam kayuhan, ada yang memintas,dan ada juga yang dibelakang. 

Mereka akan sibuk berkata itu, ini, dan macam-macam lagi. Paling teruk apabila mereka mencemuh pihak lain. *Ops...

Ya, tindakan yang perlu anda ambil ialah, ' Biarkan sahaja suara-suara sumbang yang menhinggap ditelinga anda dan teruskan kayuhan. Hanya kata-kata semangat yang perlu diambil '.

Falsafah yang mudah. Tetapkan pendirian. Kayuh dan Kayuh.

Mudahkan? Jadi mengapa perlu dipengaruhi orang lain untuk menyerah kalah?

Sama jika seseorang mangajak anda ke kemaksiatan, adakah anda perlu menuruti sedangkan anda sudah punyai ilmu dan mengetahui bahawa benda itu SALAH.

Tetapkan pendirian. Kembali kepada Al-quran dan Sunnah.

. . . . . . . . . . 
*mendapat no 034 untuk kayuhan kali ini.

Menghabiskan kayuhan 33km selama 1jam 25minit . Oh! Lambatnya! Anda perlu cepatkan kayuhan anda! 

Bagaimana? Dibawah ini ada 1 tips untuk kuatkan kaki anda :

" Awak perlukan lajukan kayuhan. Sila kuatkan kaki anda dengan melangkahkannya ke masjid dengan lebih kerap! Semoga berjaya! "

" Jika kamu ingin mengetahui keadaan kamu berjalan di atas titian sirat nanti, hendaklah kamu lihat keadaanmu bersegera ke masjid . "- Ibnu 'Ataillah

Pap! *Kena setepek kat dahi. 

Tips yang hebat bukan? Jom lar kita sama-sama melangkahkan kaki! 
Moga istiqomah.
Moga Allah redha. :)


*****
280413
1029

Amir Akmal

Wednesday 13 March 2013

Give him/her a Chance.

Ya, demi sesungguhnya Allah telah bersumpah kepada masa bahawa manusia ini didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh kepada Allah. Jadi, bilakah kita akan merasai penyesalan.

Ya, masa lalu.

Hampir 15 tahun atau 20 tahun atau 40 tahun kita telah hidup didunia ini, banyak mana amalan yang telah kita kumpul. Banyak mana amal soleh telah kita kerjakan. Adakah kita telah beriman. Tepuk dada tanya iman.

Ayuh bangkit! 

Adakah kita hanya mahu menjadi orang yang sama dalam masa selama kita hidup?. Jika ya, maka anda seorang yang tiada matlamat. Jika tidak, ayuh kita bangkit daripada tidur dan sentiasa memperbaiki diri daripada hari ke hari. Biarlah sedikit pun yang kita lakukan. Tetapi, istiqomah.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ya, Allah amat sukai. Jadi, mengapa perlu putus asa?

Tetapi, apabila istiqomah itu sudah menjadi kelaziman, maka ia di naikkan ke satu tahap yang dinamakan ' amalan '. Dalam pada masa yang sama juga, diri seolah-olah membenci kepada perkara -perkara mungkar yang telah digariskan oleh Allah. Seolah -olah Allah meletakkan satu daerah HARAM didalam badan kita supaya kita takut melakukan maksiat dan kita akan berusaha menjauhi perkara tersebut.

Itulah, proses HIJRAH. 

Daripada niat yang dilangsungkan, kemudian menjadi usaha , dan diteruskan dengan istiqomah maka jadilah amalan. Proses ini yang membentuk diri kita menjadi lebih cekal apabila ditimpa ujian. Itulah TARBIYAH.

Meletakkan Allah ditempat tertinggi didalam hati. Menjadikan hanya Allah tempat berharap. Menjadikan Allah tempat mengadu segala perkara. MasyaAllah, hebat bila diri ditarbiyah.

Tapi. Jeng. Jeng. Jeng. ( bunyis suspen sikit )

Adalah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk menerima manusia lain berubah. Haiwan relax je kalau manusia berubah. Haiwan makin gembira jika manusia berubah semakin dekat kepada yang Maha Pencipta. Kerna, Allah mengajar manusia supaya mengasihi haiwan. Indahnya.

Manusia. Hanya manusia yang boleh menggunakan perasaan cemburu secara mengganas .
Apabila kita melihat seseorang ber-hijrah, seharusnya kita menyokong bukan hanya tahu menghukum bermati-mati hanya kerna kisah silamnya.

Jika kita lihat sahabat-sahabat nabi, lihat pada sejarah Umar, ( ada mengatakan kisah ini tidak sahih ) tetapi kita melihat kisah ini untuk mengambil pengajaran. 

Jika kita fikir, bagaimana Umar menjadi khalifah Islam yang ke - 2. Menjadi seorang yang begitu hebat sehingga Rasulullah memuji Umar. Jika sebelum pengislaman Umar, beliau diceritakan menanam anak perempuan beliau secara hidup-hidup di padang pasir. Banyak lagi dosa yang beliau lakukan. Kecil . Besar. Tapi, selepas pengislaman beliau, adakah Rasulullah dan para sahabat yang lain mengungkit kisah hitam Umar kembali? Adakah Rasulullah memandang sejarah yang lama beliau ? Boleh dikatakan, tidak pernah diungkit semula .

Tidak sama sekali! Lihat bagaimana Rasulullah dan para sahabat menghormati penghijrahan beliau. Bagaimana Baginda melayan Umar. Sayu hati ini bila memikirkan bagaimana hormatnya sahabat kepada orang yang berhijrah kepada agama Islam. Seolah -olah diterima semula dalam keadaan bayi. MasyaAllah. 

Penerimaan kita bagaimana? Itu persoalan yang harus dijawab dengan tingkah laku kita. Bukan hanya dibibir yang mengucapkan, ' saya layan dia dengan baik . '. Hipokrit.

Amir Akmal
13313
2016 

Saturday 9 March 2013

Novel ?

Book sale. Year End Sale. Festival buku dan macam-macam lagi.
Manusia yang dahagakan ilmu pasti tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan buku yang di idamkan.

Novel. Suatu genre yang popular yang sentiasa dicari oleh remaja.

Cinta dan novel ibarat lagu dan melodi. Tak dapat dipisahkan.

Kita seolah -olah telah menetapkan target untuk menghabiskan satu-satu buku.
Tapi, adakah kita meletakan target untuk megkhatamkan Al-quran?



Kisah -kisah cinta yang ditulis oleh manusia atau lebih tepat HAMBA-Nya menjadi buruan manusia.
Kisah-kisah cinta Allah dalam Al-quran siapa yang mengejarnya?

Kita seolah menolak cinta dan janji Allah didalam Al-quran sedangkan janji Allah itu pasti !
Allah tidak pernah dan tidak akan membohongi kita.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. 
(A-li'Imraan 3: 9 )

Tapi mengapa kita terus dan terus membaca tulisan manusia tanpa menghiraukan kata-kata Allah.
Hasil tulisan manusia belum tentunya tepat.
Kadang-kadang fakta diubah bagi menyedapkan cerita.

Adakah kita terlalu sombong?

Moga kita sentiasa dalam redha Illahi.

" back to fitrah ! "

Amir akmal
09032013
1022

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...