Friday 27 April 2012

Jom Membaca Al-quran~


 Jom basahkah lidah kita dengan kalam Allah!

cuba cek, berapa banyak helai suratkhabar yang anda baca sehari?
berapa helai anda membaca komik sehari?
membaca surat?
membaca post-post di FB?
membaca buku ilmiah?

tetapi, berapa helai anda membaca dan memahami  Al-quran ?

Syarat berbuat maksiat~


Seseorang hamba itu mestilah mengikuti segala suruhan tuannya.
So, samalah kita dengan Allah. Kita perlu mengikuti segala suruahan Allah dan menjauhi segala larangannya.
Tapi, masih ada lagi kemaksiatan yang berlaku kan?.. Mengapa? .. Tanyalah iman.
Jom kita baca sikit !

5 syarat jika hendak berbuat maksiat :-

1. Jangan makan rezekinya.
2. Jangan tinggal dibuminya.
3. Lakukan di tempat tersembunyi yg tak dpat dilihat oleh Allah.
4. Minta malaikat maut tangguhakn saat kematian supaya dapat bertaubat dahulu.
5. Tidak mengikut malaikat Zabaniyah apabila datangnya utk mengiringi ke neraka.

Jika hanya dilihat syarat yang pertama , adakah kita sudah melepasi syarat tersebut?.. Itu baru satu sahaja syarat, yang seterusnya...

SEDARLAH!

Allah pasti menggariskan sesuatu itu berdasarkan fitrah manusia. Allah Maha Mengetahui fitrah manusia , berbanding manusia itu sendiri kerna Allah yang menciptakan manusia.

~ sampaikan dariku walaupun sepotong ayat ~ riwayat al-bukhari.

Monday 23 April 2012

what's your name?~


Assalamualaikum...
What's your name?  Itu tajuk post aku kali ini. Pelikan? hehe.. Aku pon tak idea sebenarnya.. Sje je nak berlumba post-post dengan member lagi seorang a.k.a sifu ( kerna mengajar aku wat blog ni scara online ) yang tengah update blog jugak..Caiyok ku harapkan pada dia. Dan jangan bersedih atas blog yang lalu. Hehe..

What's your name ? Kebiasaannya mesti kita tanya nama masa mula-mula nak kenal orang kan?
Tpi, sekarang dah berbeza kot.. Mesti mintak e-mail dulu... Yela, boleh add  dalam FB / tweet.. Meramaikan katanya..=.='

Tapi akhir2 ni, aku agak kurang selesa dengan kehadiran nama-nama fake dan pelik yang semakin meluas di FB macam Cokelat Basi, Pengorek Pensil, Milk Choc dan lain-lain. Kebanjiran nama-nama tersebut membuatkan aku makin cuak lak nak approve mereka dah sehingga kini dah hampir 200 nama yang masih aku tak approve di FB... Ada yang lagi teruk tu, guna nama mat salleh..popular katanya...huh=.='

Mengapa perlu guna nama palsu?

Tak bangga ke dengan nama yang diberikan oleh ibubapa kita?
... Mesti ibubapa kita ada sebab
Mengapa ?,
Bagaimana ?,
Dimana ?,
Untuk apa mereka bagi nama tu ?.

Ibubapa mesti memberikan nama yang baik terhadap anaknya, kerna ia akan mempegaruhi sikap anak tersebut dan nama yang baik itu adalah HAK ANAK TERSEBUT DAN MENGAJARKANNYA AL-QURAN..

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
" Sesungguhnya kamu akan diseru / dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu . " ( Riwayat Imam Abu Daud )

Kita jugak perlu memanggil seseorang dengan nama yang elok.. Yela, penat ibubapa mereka memikirkan nama mereka sampai dok beli buku nama-nama pilihan, tpi sampai kat korang sesedap rase ajinamoto je menukarkan nama beliau yang meaningless.

Nama yang paling baik ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman . " .( Riwayat Imam Muslim )

So, pasni, kepada sesiapa yang mengunakkan nama fake , meaningless, dan memanggil orang dengan panggilan yang tak elok silalah berubah!~



My name is Muhammad Amir Akmal.

MUHAMMAD = MUHAMMAD
AMIR = KETUA 
AKMAL = YANG BIJAKSANA.

# terima kasih kepada Abi dan Umi kerna meletakkan nama yang baik kepada ku. dan  semoga Allah memberikan pahala kepada mereka yang menyebut nama ku kerna memuji kepada Rasulullah...^_^

InsyaAllah.

Sunday 22 April 2012

Judge people~


korang pernah dengar " Allah tak memandang seseorang itu berdasarkan rupa, tapi Allah memandang berdasarkan hati seseorang " ?
 Ayat ni tak salah pun, malah sangat tepat...
 Tapi, ayat ni lar yang sering dijadikan alasan bagi sesetengah makhluk Allah yg menyalah guna dan menyalah tafsirkan ayat diatas.

Pabila ditegur mengapa tak berpakaian menutup aurat, kotor, atau sesuatu yang tak mengambarkan keindahan Islam itu sendiri maka kebanyakan mahluk2 berkenaan memilih ayat diatas sebagai alasan...

Ada ke patut?...

Tapi, korang jangan lar judge mereka sebagai jahil atau jumud, tapi, mari kita memandang mereka dari sudut yg positif/ bersangka baik.~

Senyum itu sedekah;)

Jom senyum !
Ada orang cakap, kita kena senyum walau apa jua keadaan? Betul ke? hmm.. Depend on situation la.. 
Tak kan lar kalau boss korang tengah mengamuk, then korang datang kat dia dengan muka yang slumber + tersenyum depan dia. Alahai, jawabnya penampar kang di baginya...hehe..

Tak pon, ada seorang peminta sedekah datang kat korang untuk meminta sedekah.. Jadi korang senyum je kat peminta sedekah tersebut dan mengatakan , " Pak cik, senyum kan sedekah. Nah. Tengok lar saya senyum ."..haha.. 

-JANGAN SESEKALI BUAT BEGITU-

Cuba lar untuk tersenyum walau apa jua keadaan, krna walau ia tak dapat menyelesaikan masalah, tapi dengan senyum itu dapat menenangkan jiwa korang utk mendapatkan menyelesaikan masalah...
InsyaAllah..^_^

Saturday 21 April 2012

Jalan Fisabilillah~


Semoga kita sentiasa didalam jalan perjuangan Allah. Dan hendaklah kita menjauhi sifat menunjuk-nunjuk kerna ia akan menghapuskan pahala amalan kita.
 Cube bayangkan korang buat 1 rumah , tiba2 rumah tu runtuh.

Kecewa kan?

Macam tu lar ibarat sifat riak yang menghancurkan pahala kita.
Semoga kita tergolong dalam hamba yang sentiasa dilindungi daripada bisikan syaitan.
InsyaAllah.

Friday 20 April 2012

Jom Zikir!


Marilah kita membasahkan bibir kita dengan zikir. Yang tengah online pun boleh berzikir. 
Tuliskan guna tangan , bukan mulut kan?..hehe.. 
Jom! Sama2 kita tingkatkan amal kebaikan kita.. 
InsyaAllah.



Thursday 19 April 2012

Social site~

 

Korang pernah ingat bagaimana korang mula-mula terjebak ke dalam addict kepada laman social ni?

huh! mesti tak kan?.. Yela la, ia macam membawa satu pengaruh yang hebat dalam kehidupan kita.. Sanggup menanti lelama depan monitor semata-mata menanti orang lain update status, then ' LIKE ' ...kekadang korang bukan baca pun apa yang dituliskan kan?..haha... Kat dalam web ni ada berlambak social site yang ada, terpulanglah pada korang pada apa, mengapa, untuk apa tujuan korang gunakan social site ini. Baik / buruk semua bermula daripada niat.  Dalam hadis 40 iaitu :

" Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. " - Riwayat al-Bukhari .

Mengikut pengalaman aku, aku mula menceburi laman social ni bermula dari ' Friendster '... Masa tu memang tengah up la friendster ni.. Tapi masa tu tak semua ada. Yela, kan kanak-kanak lagi.. hehe.. Kalau tak silap masa aku buat friendster + email  masa tu ialah hari kematian Micheal Jakson... Terkejut jugak aku..Tapi, nak wat cam ner , setiap umat ada tempoh yang telah Allah tetapkan. Kita semua akan mati dan kita semua telah pun mendaftar sebagai ahli kubur sejak lahir lagi. Jadi, bersediakah untuk kembali lagi? InsyaAllah..


Ok, lepas tu aku pun makin gian,dan makin advance sikit.. Buat Myspace pulak.. Kat myspace ( yg dulu lar ) best sikit daripada friendster yang makin serabot sekarang ni..hehe..




Adatlah, manusia memang tak tahu bersyukurkan?..Lepas satu, nak satu lagi.. hehe.. ' Facebook ' mula menjadi phenomena pulak.. Aku pun tak sure tahun bila diperkenalkan, tapi ia masih berkekalan sampai sekarang.. Malah menjadi satu gaya hidup pulak.. Kalau try search mesti ada akaun budak-budak kecik dalam FB ni, malah tahap atuk, nenek pon ada! WOW! ~.~



Sekarang, aku mula bertatih-tatih dengan twitter dan blog pulak! Yeah! ^_^
Bagi aku, twiiter ni lagi ok daripada social site yg lain2. Even twitter tu banyak jugak yang mengarut, tapi banyak berita yang kita boleh dapat kalau kita follow yang sepatutnya macam Al- jazeera..^_^
Blog lak? er..no komen~.~



So,terpulang lar pada korang untuk menilai dan menggunakan social site ni.. Kerna setiap amalan anak adam itu pasti akan dicatitkan.. Moga kita dapat membawa ilmu yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain , untuk kita jugak di akhirat kelak.. InsyaAllah..^_^

Kelebihan Menuntut Ilmu~


Kelebihan Menuntut Ilmu


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang maksudnya :

" Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga. " - Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi.

Maksud hadis ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan walaupun hanya sedikit masa untuk menambah pengetahuan samaada fardhu ain / fardhu kifayah. Maka Allah akan mempermudahkan jalan-jalan untuk menuju ke syurga. Janji Allah itu pasti. Senario sekarang, jika kita lihat jarak antara maghrib dan isyak jika dimasjid pasti akan di isi oleh kuliah maghrib ( di kebanyakan masjid ) , jadi apa salah kita duduk sebentar untuk menambahkan ilmu. Luangkanlah masa walau hanya 5 minit, mungkin dengan 5 minit itu kita mendapat pemahaman yang mendalam. Tak rugi bukan? Lagipun , siapa yang tak hendak masuk ke syurga ?

Rasulullah juga pernah bersabda bahawa :

" Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu akan dinaungi oleh sayap- sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lain sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu. " - Riwayat Ibn Majah, Ahmad,Thabrani.

Friday 6 April 2012

행운을 빌어요 ( good luck ) kepada sahabatku !


Assalamualaikum.! Ku ucapkan " Selamat Berjuang " kepada sahabat-sahabat ku yang berada di matrik. ( yela, aku nak masuk tapi tak dapat..hehe ) .. 
Korang semua buatlah yang sehabis baik, pastu kita jumpa masa degree nanti..InsyaAllah.. 

# jangan lupa bersyukur pada pemilik ilmu tersebut.^_^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...