Thursday 19 April 2012

Social site~

 

Korang pernah ingat bagaimana korang mula-mula terjebak ke dalam addict kepada laman social ni?

huh! mesti tak kan?.. Yela la, ia macam membawa satu pengaruh yang hebat dalam kehidupan kita.. Sanggup menanti lelama depan monitor semata-mata menanti orang lain update status, then ' LIKE ' ...kekadang korang bukan baca pun apa yang dituliskan kan?..haha... Kat dalam web ni ada berlambak social site yang ada, terpulanglah pada korang pada apa, mengapa, untuk apa tujuan korang gunakan social site ini. Baik / buruk semua bermula daripada niat.  Dalam hadis 40 iaitu :

" Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. " - Riwayat al-Bukhari .

Mengikut pengalaman aku, aku mula menceburi laman social ni bermula dari ' Friendster '... Masa tu memang tengah up la friendster ni.. Tapi masa tu tak semua ada. Yela, kan kanak-kanak lagi.. hehe.. Kalau tak silap masa aku buat friendster + email  masa tu ialah hari kematian Micheal Jakson... Terkejut jugak aku..Tapi, nak wat cam ner , setiap umat ada tempoh yang telah Allah tetapkan. Kita semua akan mati dan kita semua telah pun mendaftar sebagai ahli kubur sejak lahir lagi. Jadi, bersediakah untuk kembali lagi? InsyaAllah..


Ok, lepas tu aku pun makin gian,dan makin advance sikit.. Buat Myspace pulak.. Kat myspace ( yg dulu lar ) best sikit daripada friendster yang makin serabot sekarang ni..hehe..




Adatlah, manusia memang tak tahu bersyukurkan?..Lepas satu, nak satu lagi.. hehe.. ' Facebook ' mula menjadi phenomena pulak.. Aku pun tak sure tahun bila diperkenalkan, tapi ia masih berkekalan sampai sekarang.. Malah menjadi satu gaya hidup pulak.. Kalau try search mesti ada akaun budak-budak kecik dalam FB ni, malah tahap atuk, nenek pon ada! WOW! ~.~



Sekarang, aku mula bertatih-tatih dengan twitter dan blog pulak! Yeah! ^_^
Bagi aku, twiiter ni lagi ok daripada social site yg lain2. Even twitter tu banyak jugak yang mengarut, tapi banyak berita yang kita boleh dapat kalau kita follow yang sepatutnya macam Al- jazeera..^_^
Blog lak? er..no komen~.~



So,terpulang lar pada korang untuk menilai dan menggunakan social site ni.. Kerna setiap amalan anak adam itu pasti akan dicatitkan.. Moga kita dapat membawa ilmu yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain , untuk kita jugak di akhirat kelak.. InsyaAllah..^_^

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...