Monday 23 April 2012

what's your name?~


Assalamualaikum...
What's your name?  Itu tajuk post aku kali ini. Pelikan? hehe.. Aku pon tak idea sebenarnya.. Sje je nak berlumba post-post dengan member lagi seorang a.k.a sifu ( kerna mengajar aku wat blog ni scara online ) yang tengah update blog jugak..Caiyok ku harapkan pada dia. Dan jangan bersedih atas blog yang lalu. Hehe..

What's your name ? Kebiasaannya mesti kita tanya nama masa mula-mula nak kenal orang kan?
Tpi, sekarang dah berbeza kot.. Mesti mintak e-mail dulu... Yela, boleh add  dalam FB / tweet.. Meramaikan katanya..=.='

Tapi akhir2 ni, aku agak kurang selesa dengan kehadiran nama-nama fake dan pelik yang semakin meluas di FB macam Cokelat Basi, Pengorek Pensil, Milk Choc dan lain-lain. Kebanjiran nama-nama tersebut membuatkan aku makin cuak lak nak approve mereka dah sehingga kini dah hampir 200 nama yang masih aku tak approve di FB... Ada yang lagi teruk tu, guna nama mat salleh..popular katanya...huh=.='

Mengapa perlu guna nama palsu?

Tak bangga ke dengan nama yang diberikan oleh ibubapa kita?
... Mesti ibubapa kita ada sebab
Mengapa ?,
Bagaimana ?,
Dimana ?,
Untuk apa mereka bagi nama tu ?.

Ibubapa mesti memberikan nama yang baik terhadap anaknya, kerna ia akan mempegaruhi sikap anak tersebut dan nama yang baik itu adalah HAK ANAK TERSEBUT DAN MENGAJARKANNYA AL-QURAN..

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
" Sesungguhnya kamu akan diseru / dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu . " ( Riwayat Imam Abu Daud )

Kita jugak perlu memanggil seseorang dengan nama yang elok.. Yela, penat ibubapa mereka memikirkan nama mereka sampai dok beli buku nama-nama pilihan, tpi sampai kat korang sesedap rase ajinamoto je menukarkan nama beliau yang meaningless.

Nama yang paling baik ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman . " .( Riwayat Imam Muslim )

So, pasni, kepada sesiapa yang mengunakkan nama fake , meaningless, dan memanggil orang dengan panggilan yang tak elok silalah berubah!~



My name is Muhammad Amir Akmal.

MUHAMMAD = MUHAMMAD
AMIR = KETUA 
AKMAL = YANG BIJAKSANA.

# terima kasih kepada Abi dan Umi kerna meletakkan nama yang baik kepada ku. dan  semoga Allah memberikan pahala kepada mereka yang menyebut nama ku kerna memuji kepada Rasulullah...^_^

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...