Kelebihan Menuntut Ilmu
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang maksudnya :
" Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga. " - Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi.
Maksud hadis ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan walaupun hanya sedikit masa untuk menambah pengetahuan samaada fardhu ain / fardhu kifayah. Maka Allah akan mempermudahkan jalan-jalan untuk menuju ke syurga. Janji Allah itu pasti. Senario sekarang, jika kita lihat jarak antara maghrib dan isyak jika dimasjid pasti akan di isi oleh kuliah maghrib ( di kebanyakan masjid ) , jadi apa salah kita duduk sebentar untuk menambahkan ilmu. Luangkanlah masa walau hanya 5 minit, mungkin dengan 5 minit itu kita mendapat pemahaman yang mendalam. Tak rugi bukan? Lagipun , siapa yang tak hendak masuk ke syurga ?
Rasulullah juga pernah bersabda bahawa :
" Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu akan dinaungi oleh sayap- sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lain sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu. " - Riwayat Ibn Majah, Ahmad,Thabrani.
No comments:
Post a Comment