Saturday 28 January 2012

Kenduri & Terima Kasih

 Assalamualaikum! Alhamdulilah! Bapak ar, petang ni aq kenyang sangat. Yela, dapat makan free.. hihi.. Terima kasih aq ucapkan pada Uncle Salim & family kerna mengajak aq dan family untuk menghadiri kenduri. SEDAP masakannya. Ikut nafsu, nak aje aq tambah tadi. Tapi, nafsu kan. Sabor jela~.~ Memang banyak lauk r. Rambang mata memilih. Tapi, aq pilih daging dan tapai je. ( Aq tak makan ayam sangat. Muak~.~ ) Then, dah balik dapat lagi boncrot ( tak kesah lar cam ner korang sebut ). haha. Banyak beb dibaginya.. Dapat aq makan kenyang-kenyang cam ular sawa kat umah. Rezeki^_^

Sampai ni je lar coretan aq. Terima kasih bebanyak ^_^


ada banyak lagi. Cume tak sempat nak amik pic dek tak sabar menahan nafsu...huhu


tq jugak atas strawbery dan anggur ni.^_^ 

p/s: kalau ada kenduri lagi jangan lupa ajak yep. ^^_

Sekian^^_

Friday 27 January 2012

fever~.~

Assalamualaikum.. sedih aq rasakan dalam minggu ni.. Peyakit pakej tu datang lagi.. T.T  .. Mula-mula sakit tekak datang secara manja-manja, tetibe demam pulak, selsema pulak datang tanpa diundang.. Ya Allah, aq masih bertahan dengan ujian Mu ini kerena KAU tak akan sesekali membebani apa yang lebih dari hamba-Mu termampu.
Mula-mula aku agak berat jugak. Yela, dah la minggu ni umah aku ada kenduri + tahlil = macam kenduri kawin jadinya.. haha.. Pastu, aku alone ranger lak kena bukak kedai pagi-pagi.. Peh, pengsan lar aq macam ni.. Biasalah, kita dah lar sakit, tapi orang tak kesian pun kat kita. Bermonolog ku sendiri dah jadi hobi aq..haha:P

Tapi, korg pernah lihat tak macam mana umi/ mak/ bapa/ ayah/ dan segala macam lagi panggilan kat parent korg. Pernah korang dengar mereka merungut? Kalau ada pun, mybe boleh dikira dengan jarikan? Tapi berapa kali korang merungut kat ibubapa? Mintak hantar ke kilinik lar, hospital lar, tu belum lagi yang hantar ke hospital swasta.. Pernah korang fikir?

Kalau duduk kat rumah mesti nak makan yang mahal2, sedap2, banyak2, tapi tak tolong pun umi/ ibu masak kan? So, aq harap apabila kita semakin tua ni, kita kena lar membalas yang setimpal pada ibubapa kita. Yela, pada masa tu kan  ibubpa kita dah tua + tak kuat lagi. So, TAK PAYAH LAR KORANG NAK HANTAR MEREKA KE PUSAT ORANG-ORANG TUA!  Ce banyakkan ibubapa korang masukan korang kat taska tanpa diambil kembali, tanpa dijenguk. Pabila mereka dah tua, mereka bukan nak pun duit korang tu, mereka cuma nak layanan yang mereka beri pada korang masa korang kecik2 yang dijaga bak emas dipergelangan tangan..( tak wujud pun peribahsa ni.. sje je reka)..haha..

So, hargailah ibubapa korang selagi mereka hidup dan kalau yang dah tiada ibubapa sedekahkan lar doa-doa korang kepada mereka agar dijauhkan azab kubur dan azab api neraka.. InsyaAllah.. Al-Fatihah..^^_

Monday 16 January 2012

tiang agama itu solat~

Assalamualaikum! Hello semua! Lama tak letak entry ni.. Maap, bukan tak ada idea tapi ....er...ala, biasalah, manusia penuh dengan alasan..hehe.. Anyway, tajuk kat atas tuu macam selalu dengar kan? Mesti korang dah boleh agak ape yang aq nak share.. Tapi, tak ape.. Bagi aq, ni lar UPdatediri aku.. Something apa2 yg baru bg aq..

Ok,kisah ini dikongsikan oleh bapaku ketika menghantar abang ku ke IPTHO a.k.a Maktab Peguruan kat Batu Pahat... Agak bosan jugak aq spanjang jalan tu.. ( yela.. slalu aq g )..hehe..Nasib baik bapak aq ada mengupas beberapa persoalan agama.Sebelum tu terima kasih pada kawan aq yg menbalas msg aq dlm beberapa persoalan aq.^^_

Kenapa solat dianggap tiang agama?  Kenapa tiang? Bapaku kata didalam solat
mengandungi rukun Islam.. Rukun islam ada berapa? 5 kan?

Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat.

Pe kaitan nya kan? Itu lar ilmu baru yg aq dapat..^^_


(1) Mengucap dua kalimah syahadat : dalam solat ada mengucap dua kalimah syahadah kan? So, kita akan memperbaharui keislaman kita sekurang2nya 9kali dalam sehari.

(2) Sembahyang lima waktu : solat memang lar solat.. hehe..

(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan : dalam solat boleh makan tak? dalam solat boleh berkata2 slain bacaan solat?

(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) : dalam solat kita menunaikan haji? .. pelikan? Yup.. semasa solat kita mcam menunaikan haji .. sebab? kita menghadap kiblat/ kaabah.. 

(5) Menunaikan zakat : ok.. dlam hal ni..aq tak berapa jelas sangat tentang apa yg bapak aq sampaikan. Tapi bapak aq cakap, dalam konteks ni kita mengeluarkan 'zakat'
 iaitu dalam bentuk wang ringgit/ tenaga / etc semasa dalam perjalanan kita untuk menunaikan solat tersebut.. mcam kalau kita naik motor, mesti nak kena isi minyak.. nak isi minyak guna duit kan?

so, ini je lar perkongsian kali ni.. apa2 update dalam diri aku insyaAllah akan ku kongsikan..salam^^_


Friday 6 January 2012

CUTI SEM ! ! !

Alhamdulilah.. Akhirnya habis jugak pekse akhirnya.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! haha..:D  Rase puas pulak bila dah abiz exam ni.. Yela, cuti sebulan kn.. hehe.. Umi, saya datang!.. Sorry lame tak update blog ni.. Sibuk pekse kn~.~ ( tetap online walau pekse).. So, selama sebulan akan datang lar korg akan terima post aq yg terbaru.. Yela, kalau kat umah aq malas sikit nak online.. Biarlah 1 bulan tuu hanya aku dan family ku.. Walaupun kehidupan cume hantar s.kabo pepagi, balik umah, g muar tntiap2 rabu/sabtu,,, tapi tak ape, asalkan parent aq happy..*ayat sweet bagai..hehe.. Bila nak balik ni, masti nak makan sate.. Rindu kat sate perut.. Lame tak makan..^_^ Yela, kalau kat U ni, pepegi bangun untuk pergi kelas, tapi kalau kat umah pepegi bangun untuk tolong2 umi kat kedai.. Hah! Sebelum tu, parent aq ada bukak kedai s.khbar.. ( itu yg jiwa membaca sikit) ..haha..Tapi, aq baca komik je.. Terasa kosong kalau tak ada komik.. Ibaratnya, aq tak boleh hidup tanpa komik ni..~.~   Tapi, korg bayangkan lar, pukul 5.30pagi umi aq dah menjerit kejutkan aq untuk p solat kat masjid then p bukak kedai.. Ngantok wooo..+_+  Tapi, APA NAK DIBANDINGKAN SANGAT DENGAN PENGORBANAN KITA PADA MEREKA?....Ok lar, selamat bercuti bagi teman2 ku.. Jaga diri elok2.. InsyaAllah ketemu lagi^_^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...