Monday 16 January 2012

tiang agama itu solat~

Assalamualaikum! Hello semua! Lama tak letak entry ni.. Maap, bukan tak ada idea tapi ....er...ala, biasalah, manusia penuh dengan alasan..hehe.. Anyway, tajuk kat atas tuu macam selalu dengar kan? Mesti korang dah boleh agak ape yang aq nak share.. Tapi, tak ape.. Bagi aq, ni lar UPdatediri aku.. Something apa2 yg baru bg aq..

Ok,kisah ini dikongsikan oleh bapaku ketika menghantar abang ku ke IPTHO a.k.a Maktab Peguruan kat Batu Pahat... Agak bosan jugak aq spanjang jalan tu.. ( yela.. slalu aq g )..hehe..Nasib baik bapak aq ada mengupas beberapa persoalan agama.Sebelum tu terima kasih pada kawan aq yg menbalas msg aq dlm beberapa persoalan aq.^^_

Kenapa solat dianggap tiang agama?  Kenapa tiang? Bapaku kata didalam solat
mengandungi rukun Islam.. Rukun islam ada berapa? 5 kan?

Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat.

Pe kaitan nya kan? Itu lar ilmu baru yg aq dapat..^^_


(1) Mengucap dua kalimah syahadat : dalam solat ada mengucap dua kalimah syahadah kan? So, kita akan memperbaharui keislaman kita sekurang2nya 9kali dalam sehari.

(2) Sembahyang lima waktu : solat memang lar solat.. hehe..

(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan : dalam solat boleh makan tak? dalam solat boleh berkata2 slain bacaan solat?

(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) : dalam solat kita menunaikan haji? .. pelikan? Yup.. semasa solat kita mcam menunaikan haji .. sebab? kita menghadap kiblat/ kaabah.. 

(5) Menunaikan zakat : ok.. dlam hal ni..aq tak berapa jelas sangat tentang apa yg bapak aq sampaikan. Tapi bapak aq cakap, dalam konteks ni kita mengeluarkan 'zakat'
 iaitu dalam bentuk wang ringgit/ tenaga / etc semasa dalam perjalanan kita untuk menunaikan solat tersebut.. mcam kalau kita naik motor, mesti nak kena isi minyak.. nak isi minyak guna duit kan?

so, ini je lar perkongsian kali ni.. apa2 update dalam diri aku insyaAllah akan ku kongsikan..salam^^_


No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...