Wednesday 26 December 2012

Cik Puan, cantik ke?


wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..

Bila Cikgu mengajar.


Ketika membelek-belek lama sosial yang lama yang agak bersawang dan semakin pelik. Aku terjumpa dengan suatu pengisian yang agak menarik yang dikongsikan oleh sahabat ku.

Kisahnya berbunyi begini. Sambil menggambarkan suasana didalam sebuah kelas.

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya...

Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,

"Saya punya permainan.. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",


jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti..



Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata,

"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok...

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya...

Namun kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya...

" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu..

Dan anda mulai dapat mengikutinya.Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik....

                              Islam is not just a word,
      Islam is a way of life.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.

Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid- muridnya berpikir..

Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.

Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang..

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...

""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,

tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran)...

                                 

Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka..

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..

apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!


Itulah sedikit pengisian yang dapat aku share agar dapat membangkit semangat kita, sahabat - sahabat kita yang masih terlena dibuai mainan perasaan.

Terima kasih, wahai sahabat. :)

#Di copy paste dan di edit.

Bulan Purnama itu tidak cantik.




Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Dalam sebuah bas.


Masuk sem ke -3 ni merupakan kali ke- 3 jugak aku balik dari Kuantan ke Melaka. Bermula mendapat idea apabila sudah bosan menyaksikan pemandangan Muazam yang menghijau dan atas faktor - faktor kelewatan membeli tiket tapi mengada-gada nak balik cepat.

Tiket yang ditawarkan dan biasa ku beli ialah tiket ke Melaka 1 pagi. Perjalanan yang agak panjang ditambah pula dengan kegelapan malam. Peh! Memang umph!!! bagi menyaksikan manusia, haiwan, segala hamba Allah untuk berehat setelah mencari rezeki dipagi hari.

' Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. ' 

[ Al- furqaan : 47 ]

Perjalanan yang ambil kira-kira 5 jam, bermakna aku akan sampai di Melaka Sentral pada jam 6 pagi. Yang bestnya, perjalanan malam ni melibatkan aku melalui 4 buah negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan seterusnya negeri tercinta Johor. Kau ada?. 

' Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). ' 

[ Al - Mulk : 15 ]

Dalam bas, aku duduk disebelah makcik yang membawa askar-askar dia seramai 6 orang. Aku pon dok berbual dengan makcik tu dan sebenarnya makcik tu daripada Ganu dan mempunyai 13 orang anak.

' Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya". ' 

[ Ali imran :40 ]

 Lihat. Betapa hebatnya ciptaan Allah. manusia mampu melahirkan 13 orang yang berlainan rupa, watak dan sikap. dan makcik tersebut menyanyangi anak-anak tersebut dan menitik beratkan hal agama dalam diri anak kecik tersebut. Semua anak yang masih kecil itu memakai tudung. Itu lah keberkatan daripada pernikahan .

                            my Dears Muslimah, please protect your Dignity. :)
- more posts at muslimagnet




Thursday 6 December 2012

Diffusion of Responsibility


krik.... krik. . . . krik. . . . . krik........ krik........( cengkerik bunyi )

Lama menyepi, dan tetiba kali nak muncul. Biasalah , baru ada rezeki nak bagi entry. 

Sejak dari dulu lagi kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang gempak bagai berlaku disekeliling kita.

Pernah merasai?.

Bila dah dengar berita tu, mulalah kita buat-buat terkejut seolah-olah menjerit seperti kita langsung tidak mengetahui pucuk pangkal kejadian tersebut. Mengapakah begitu?.

 Adakah kita seorang yang tidak prihatin ataupun kita merasakan kita, dunia ini hanya dunia kita atau anda seorang yang hanya hidup didalam dunia anda tanpa menghiraukan orang lain?. 

Pastinya tagline bagi orang-orang seperti itu ialah " Lantak lah apa nak jadi. Yang penting aku hidup dengan aman, bahagia ."  

Mungkin selepas ni kalau korang jumpa manusia yang begitu , bolehlah nasihatkan mereka sebanyak 3 kali dengan penuh kesabaran, dan bila mereka tak mendengar nasihat anda . Anda boleh  flying kick bagi sedar sikit pada manusia tersebut. ( tapi anda juga dinasihatkan untuk byk bersabar ) .

Entry kali ini aku nak share video yang bertajuk , .....................( jeng, jeng, jeng)

'diffusion of responsibility'
aka
penyebaran tanggungjawab

Menurut kamus DnP ' tanggungjawab ' ditakrifkan click untuk maksud .. Korang tengok video ni dan ambil iktibar daripada video ni. 

Ingat, manusia ada akal, gunakan sebaiknya untuk berfikir bukan untuk ----( apa-apa lah yang tak elok )...



 “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara

tetapi didalam isu kemanusiaan , anda tidak perlu menunding jari kepada sesiapa untuk bertanggungjawab , itu isu sejagat. Isu dunia. Selahi anda hidup di bumi, selagi tu anda kena ambil kisah tentang isu sejagat
( termasuk bagi mereka yang tidak berperasaan mahupun Zionis ) kerna sifat belas-kasihan itu fitrah manusia. 



.Sekian.
. terima kasih kerna melawat.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...