Masuk sem ke -3 ni merupakan kali ke- 3 jugak aku balik dari Kuantan ke Melaka. Bermula mendapat idea apabila sudah bosan menyaksikan pemandangan Muazam yang menghijau dan atas faktor - faktor kelewatan membeli tiket tapi mengada-gada nak balik cepat.
Tiket yang ditawarkan dan biasa ku beli ialah tiket ke Melaka 1 pagi. Perjalanan yang agak panjang ditambah pula dengan kegelapan malam. Peh! Memang umph!!! bagi menyaksikan manusia, haiwan, segala hamba Allah untuk berehat setelah mencari rezeki dipagi hari.
' Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. '
[ Al- furqaan : 47 ]
Perjalanan yang ambil kira-kira 5 jam, bermakna aku akan sampai di Melaka Sentral pada jam 6 pagi. Yang bestnya, perjalanan malam ni melibatkan aku melalui 4 buah negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan seterusnya negeri tercinta Johor. Kau ada?.
' Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). '
[ Al - Mulk : 15 ]
Dalam bas, aku duduk disebelah makcik yang membawa askar-askar dia seramai 6 orang. Aku pon dok berbual dengan makcik tu dan sebenarnya makcik tu daripada Ganu dan mempunyai 13 orang anak.
' Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya". '
[ Ali imran :40 ]
Lihat. Betapa hebatnya ciptaan Allah. manusia mampu melahirkan 13 orang yang berlainan rupa, watak dan sikap. dan makcik tersebut menyanyangi anak-anak tersebut dan menitik beratkan hal agama dalam diri anak kecik tersebut. Semua anak yang masih kecil itu memakai tudung. Itu lah keberkatan daripada pernikahan .

No comments:
Post a Comment