Wednesday 13 March 2013

Give him/her a Chance.

Ya, demi sesungguhnya Allah telah bersumpah kepada masa bahawa manusia ini didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh kepada Allah. Jadi, bilakah kita akan merasai penyesalan.

Ya, masa lalu.

Hampir 15 tahun atau 20 tahun atau 40 tahun kita telah hidup didunia ini, banyak mana amalan yang telah kita kumpul. Banyak mana amal soleh telah kita kerjakan. Adakah kita telah beriman. Tepuk dada tanya iman.

Ayuh bangkit! 

Adakah kita hanya mahu menjadi orang yang sama dalam masa selama kita hidup?. Jika ya, maka anda seorang yang tiada matlamat. Jika tidak, ayuh kita bangkit daripada tidur dan sentiasa memperbaiki diri daripada hari ke hari. Biarlah sedikit pun yang kita lakukan. Tetapi, istiqomah.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ya, Allah amat sukai. Jadi, mengapa perlu putus asa?

Tetapi, apabila istiqomah itu sudah menjadi kelaziman, maka ia di naikkan ke satu tahap yang dinamakan ' amalan '. Dalam pada masa yang sama juga, diri seolah-olah membenci kepada perkara -perkara mungkar yang telah digariskan oleh Allah. Seolah -olah Allah meletakkan satu daerah HARAM didalam badan kita supaya kita takut melakukan maksiat dan kita akan berusaha menjauhi perkara tersebut.

Itulah, proses HIJRAH. 

Daripada niat yang dilangsungkan, kemudian menjadi usaha , dan diteruskan dengan istiqomah maka jadilah amalan. Proses ini yang membentuk diri kita menjadi lebih cekal apabila ditimpa ujian. Itulah TARBIYAH.

Meletakkan Allah ditempat tertinggi didalam hati. Menjadikan hanya Allah tempat berharap. Menjadikan Allah tempat mengadu segala perkara. MasyaAllah, hebat bila diri ditarbiyah.

Tapi. Jeng. Jeng. Jeng. ( bunyis suspen sikit )

Adalah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk menerima manusia lain berubah. Haiwan relax je kalau manusia berubah. Haiwan makin gembira jika manusia berubah semakin dekat kepada yang Maha Pencipta. Kerna, Allah mengajar manusia supaya mengasihi haiwan. Indahnya.

Manusia. Hanya manusia yang boleh menggunakan perasaan cemburu secara mengganas .
Apabila kita melihat seseorang ber-hijrah, seharusnya kita menyokong bukan hanya tahu menghukum bermati-mati hanya kerna kisah silamnya.

Jika kita lihat sahabat-sahabat nabi, lihat pada sejarah Umar, ( ada mengatakan kisah ini tidak sahih ) tetapi kita melihat kisah ini untuk mengambil pengajaran. 

Jika kita fikir, bagaimana Umar menjadi khalifah Islam yang ke - 2. Menjadi seorang yang begitu hebat sehingga Rasulullah memuji Umar. Jika sebelum pengislaman Umar, beliau diceritakan menanam anak perempuan beliau secara hidup-hidup di padang pasir. Banyak lagi dosa yang beliau lakukan. Kecil . Besar. Tapi, selepas pengislaman beliau, adakah Rasulullah dan para sahabat yang lain mengungkit kisah hitam Umar kembali? Adakah Rasulullah memandang sejarah yang lama beliau ? Boleh dikatakan, tidak pernah diungkit semula .

Tidak sama sekali! Lihat bagaimana Rasulullah dan para sahabat menghormati penghijrahan beliau. Bagaimana Baginda melayan Umar. Sayu hati ini bila memikirkan bagaimana hormatnya sahabat kepada orang yang berhijrah kepada agama Islam. Seolah -olah diterima semula dalam keadaan bayi. MasyaAllah. 

Penerimaan kita bagaimana? Itu persoalan yang harus dijawab dengan tingkah laku kita. Bukan hanya dibibir yang mengucapkan, ' saya layan dia dengan baik . '. Hipokrit.

Amir Akmal
13313
2016 

Saturday 9 March 2013

Novel ?

Book sale. Year End Sale. Festival buku dan macam-macam lagi.
Manusia yang dahagakan ilmu pasti tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan buku yang di idamkan.

Novel. Suatu genre yang popular yang sentiasa dicari oleh remaja.

Cinta dan novel ibarat lagu dan melodi. Tak dapat dipisahkan.

Kita seolah -olah telah menetapkan target untuk menghabiskan satu-satu buku.
Tapi, adakah kita meletakan target untuk megkhatamkan Al-quran?



Kisah -kisah cinta yang ditulis oleh manusia atau lebih tepat HAMBA-Nya menjadi buruan manusia.
Kisah-kisah cinta Allah dalam Al-quran siapa yang mengejarnya?

Kita seolah menolak cinta dan janji Allah didalam Al-quran sedangkan janji Allah itu pasti !
Allah tidak pernah dan tidak akan membohongi kita.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. 
(A-li'Imraan 3: 9 )

Tapi mengapa kita terus dan terus membaca tulisan manusia tanpa menghiraukan kata-kata Allah.
Hasil tulisan manusia belum tentunya tepat.
Kadang-kadang fakta diubah bagi menyedapkan cerita.

Adakah kita terlalu sombong?

Moga kita sentiasa dalam redha Illahi.

" back to fitrah ! "

Amir akmal
09032013
1022

Friday 8 March 2013

Shhh! Masa depan.


Masa depan.
Satu perkara yang Allah merahsiakan daripada kita.
Segalanya telah pun ditulis dan ditetapkan kepada kita semasa kita dialam roh.

Mungkin pada masa ini kita seorang pendosa, sering melakukan maksiat dan pelaku dosa yang tegar.

Tapi, apakah Allah menunjukkan masa depan kita samada kita disyurga mahupun neraka.

Mengapa?

Ya, kerna Allah tidak mahu kita berputus asa untuk berusaha memperbaiki diri kita.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Al Nahl : 18 )

Kerna Allah sentiasa membuka pintu pengampunan kepada hamba-hambaNya untuk berserah diri kepadaNya.

Jangan pernah putus asa. Itu paling penting.
Kerna, pengampuanan Allah itu maha luas.


Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
( Surah Yussuf : 87 )

Berusaha. Berusaha. Berusaha. Jangan pernah letih dan berputus asa.

Ya, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam!

Amir akmal
09032013
0001

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...