Wednesday 13 March 2013

Give him/her a Chance.

Ya, demi sesungguhnya Allah telah bersumpah kepada masa bahawa manusia ini didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh kepada Allah. Jadi, bilakah kita akan merasai penyesalan.

Ya, masa lalu.

Hampir 15 tahun atau 20 tahun atau 40 tahun kita telah hidup didunia ini, banyak mana amalan yang telah kita kumpul. Banyak mana amal soleh telah kita kerjakan. Adakah kita telah beriman. Tepuk dada tanya iman.

Ayuh bangkit! 

Adakah kita hanya mahu menjadi orang yang sama dalam masa selama kita hidup?. Jika ya, maka anda seorang yang tiada matlamat. Jika tidak, ayuh kita bangkit daripada tidur dan sentiasa memperbaiki diri daripada hari ke hari. Biarlah sedikit pun yang kita lakukan. Tetapi, istiqomah.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ya, Allah amat sukai. Jadi, mengapa perlu putus asa?

Tetapi, apabila istiqomah itu sudah menjadi kelaziman, maka ia di naikkan ke satu tahap yang dinamakan ' amalan '. Dalam pada masa yang sama juga, diri seolah-olah membenci kepada perkara -perkara mungkar yang telah digariskan oleh Allah. Seolah -olah Allah meletakkan satu daerah HARAM didalam badan kita supaya kita takut melakukan maksiat dan kita akan berusaha menjauhi perkara tersebut.

Itulah, proses HIJRAH. 

Daripada niat yang dilangsungkan, kemudian menjadi usaha , dan diteruskan dengan istiqomah maka jadilah amalan. Proses ini yang membentuk diri kita menjadi lebih cekal apabila ditimpa ujian. Itulah TARBIYAH.

Meletakkan Allah ditempat tertinggi didalam hati. Menjadikan hanya Allah tempat berharap. Menjadikan Allah tempat mengadu segala perkara. MasyaAllah, hebat bila diri ditarbiyah.

Tapi. Jeng. Jeng. Jeng. ( bunyis suspen sikit )

Adalah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk menerima manusia lain berubah. Haiwan relax je kalau manusia berubah. Haiwan makin gembira jika manusia berubah semakin dekat kepada yang Maha Pencipta. Kerna, Allah mengajar manusia supaya mengasihi haiwan. Indahnya.

Manusia. Hanya manusia yang boleh menggunakan perasaan cemburu secara mengganas .
Apabila kita melihat seseorang ber-hijrah, seharusnya kita menyokong bukan hanya tahu menghukum bermati-mati hanya kerna kisah silamnya.

Jika kita lihat sahabat-sahabat nabi, lihat pada sejarah Umar, ( ada mengatakan kisah ini tidak sahih ) tetapi kita melihat kisah ini untuk mengambil pengajaran. 

Jika kita fikir, bagaimana Umar menjadi khalifah Islam yang ke - 2. Menjadi seorang yang begitu hebat sehingga Rasulullah memuji Umar. Jika sebelum pengislaman Umar, beliau diceritakan menanam anak perempuan beliau secara hidup-hidup di padang pasir. Banyak lagi dosa yang beliau lakukan. Kecil . Besar. Tapi, selepas pengislaman beliau, adakah Rasulullah dan para sahabat yang lain mengungkit kisah hitam Umar kembali? Adakah Rasulullah memandang sejarah yang lama beliau ? Boleh dikatakan, tidak pernah diungkit semula .

Tidak sama sekali! Lihat bagaimana Rasulullah dan para sahabat menghormati penghijrahan beliau. Bagaimana Baginda melayan Umar. Sayu hati ini bila memikirkan bagaimana hormatnya sahabat kepada orang yang berhijrah kepada agama Islam. Seolah -olah diterima semula dalam keadaan bayi. MasyaAllah. 

Penerimaan kita bagaimana? Itu persoalan yang harus dijawab dengan tingkah laku kita. Bukan hanya dibibir yang mengucapkan, ' saya layan dia dengan baik . '. Hipokrit.

Amir Akmal
13313
2016 

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...