Saturday, 27 April 2013

Awak perlu lajukan kayuhan itu!


"Sikit je lagi. Jom kita kayuh sesama."

" Tak apa lah. Kau kayuh lah dulu. Aku kayuh slow-slow. I will follow you. "

" Arghhh! Mana air?! Aku haus ni! Urus setia tak buat kerja! "

" Woiii! Jangan pintas aku la. #*@@& betul la! ".

. . . . . . . . . . . . . .

Cemuh. Penat. Puas. Banyak ragam dalam melalui kayuhan 33km.

Kayuhan diteruskan walau penat terasa. Kayuhan tidak perlu laju seperti hendak berlumba di veldrom.
Cukup dengan kayuhan istiqomah.

Tidak perlu laju mahupun perlahan. Tetapi, kayuhan yang berterusan.

Kayuhan seperti kehidupan kita.

Walau bagaimana kita mengeluh, mencaci, memberikan alasan , kita tetap perlu mara kehadapan.

Jangan terburu-buru. Istiqomah itu penting dalam apa jua keadaan.

Mari kita mengambil contoh :

Manusia A boleh mengayuh sejauh 1km dalam masa 2minit, tetapi kesannya dia akan terlalu kepenatan dan kemudian berhenti.

Manusia B pula boleh mengayuh sejauh 1km dalam masa 5minit tanpa terburu-buru dan istiqomah , kesannya dia boleh memintas sambil tersenyum dan mungkin melambai-lambai memintas manusia A dan kemudian mengayuh tanpa berhenti hingga ke garisan penamat.


Jeng. Jeng. Mana yang anda pilih? A atau B. 

Sama seperti manusia, manusia hanya mencapai sesuatu dengan cepat. pantas beroleh kejayaan. Tetapi, kita lupa akan intipati didalam kejayaan tersebut. 

' Istiqomah '

Perkataan yang mewakili hampir kesemua dalam intipati sesebuah kejayaan. 
Disitulah adanya kesabaran, kesedihan, kekuatan, dan kecekalan.

Pepatah arab juga menyebut iaitu. :
" Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus ".

Begitu besarnya kuasa istiqomah yang perlu diserap dalam kehidupan kita.

Mari kita membina diri dengan membiasakan dengan halangan-halangan dalam kehidupan agar kita dapat membina kecekalan dalam kehidupan. Masakan sifat istiqomah akan datang secara tetiba dalam diri seorang tanpa latihan yang berterusan.

Dush! Jangan mimpi lar!

. . . . . . . . . . . 

Dalam kayuhan, ada manusia yang akan menemani kita dalam kayuhan, ada yang memintas,dan ada juga yang dibelakang. 

Mereka akan sibuk berkata itu, ini, dan macam-macam lagi. Paling teruk apabila mereka mencemuh pihak lain. *Ops...

Ya, tindakan yang perlu anda ambil ialah, ' Biarkan sahaja suara-suara sumbang yang menhinggap ditelinga anda dan teruskan kayuhan. Hanya kata-kata semangat yang perlu diambil '.

Falsafah yang mudah. Tetapkan pendirian. Kayuh dan Kayuh.

Mudahkan? Jadi mengapa perlu dipengaruhi orang lain untuk menyerah kalah?

Sama jika seseorang mangajak anda ke kemaksiatan, adakah anda perlu menuruti sedangkan anda sudah punyai ilmu dan mengetahui bahawa benda itu SALAH.

Tetapkan pendirian. Kembali kepada Al-quran dan Sunnah.

. . . . . . . . . . 
*mendapat no 034 untuk kayuhan kali ini.

Menghabiskan kayuhan 33km selama 1jam 25minit . Oh! Lambatnya! Anda perlu cepatkan kayuhan anda! 

Bagaimana? Dibawah ini ada 1 tips untuk kuatkan kaki anda :

" Awak perlukan lajukan kayuhan. Sila kuatkan kaki anda dengan melangkahkannya ke masjid dengan lebih kerap! Semoga berjaya! "

" Jika kamu ingin mengetahui keadaan kamu berjalan di atas titian sirat nanti, hendaklah kamu lihat keadaanmu bersegera ke masjid . "- Ibnu 'Ataillah

Pap! *Kena setepek kat dahi. 

Tips yang hebat bukan? Jom lar kita sama-sama melangkahkan kaki! 
Moga istiqomah.
Moga Allah redha. :)


*****
280413
1029

Amir Akmal

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...