Saturday 31 March 2012

JAUHI RIAK



Riak... Apakah RIAK ? Ok.. Meh read sikit !


Riak merupakan penyakit rohani yg mengancam kemurnian akidah umat Islam wlaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat kelak. Yela, korang cuba bayangkan korang ada duit RM 10, tapi disebabkan riak jadi duit RM 10 hilang secara tiba-tiba. Mesti rugikan~

Imam Al- Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat bahawa riak menuntut kedudukan atau meminta dihormati orang ramai dengan amalan yg ditujukan untuk akhirat.

Paling mudah disimpulakan , riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian, atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini bertentangan dengan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapakn redha Allah. 

Dalam hadis pertama daripada hadis 40 Imam Nawawi disebutkan bahawa setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat :
" Sesungguhnya setiap amalan perbuatan dinilai dengan niat...."





Jika penyakit riak dibiar terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurniaan akidah, keluhuran akhlak, dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amal kebajikan hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Tapi kan lagi elok jika kita IKHLAS, dapat PAHALA! InsyaAllah^_^

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...