Sunday 6 May 2012

Make it perfect~


Sewaktu Nabi s.a.w menguruskan jenazah anakanda lelakinya iaitu Ibrahim...
Pada saat baginda meletakkan batu nisan dikubur anakandanya, tiba-tiba batu nisan itu jatuh tergolek daripada perkuburan itu. Baginda meminta sahabat membetulkannya.

Sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah, bukankah batu itu tidak memberikan apa-apa manfaat dan mudarat kepada si mati, sekalipun kita memperbetulkan kedudukannya ( batu nisan ) ? "

Maka Nabi s.a.w. menjawab, maksudnya : " Benar, ia tidak memberi manfaat dan mudarat kepada si mati, tetapi ia menyakitkan mata orang yang hidup apabila memandangnya. "

Jika diambil pengajaran daripada kisah tersebut, lihat bagaimana ciri ketekunan Nabi s.a.w. dalam segala kerjanya. Baginda tidak hanya memikirkan detik yang pendek, tetapi Baginda memikirkan sesuatu dengan amat dalam. Cermat dan rapi. Apa yang boleh menyebabkan tidak selesa mata memandang , maka Baginda akan cuba mengelakkannya. Seharusnya kita mencontohi sikap Nabi yang tekun dalam setiap kerja yang dilakukan.


Aq tertarik dengan kata2 , "  Sempurnakanlah perkerjaan mu seperti mana kau menyempurnakan wuduk mu ."
Kalau wuduk tak sempurna macam mana nak dapatkan solat yang sempurna... Ye dok? Mestilah..
" Lebih-lebih lagi solat itu tiang agama dan solat merupakan amalan yang pertama yang akan dihisab diakhirat kelak. " kata-kata seorang sahabatku...
Pokoknya, kesempurnaan wuduk itu begitu penting dan semoga kita bersungguh2 dalam setiap pekerjaan kita bagi kita menunjukkan kualiti yang dimiliki oleh umat Islam itu sendiri di mata dunia..

InsyaAllah...^_^

4 comments:

  1. dat rite. lagipun segala di dunia ni hanya pinjaman sementara dr Yang Maha Esa. sebagai manusia kerdil yang selalu leka dan alpa, kita harus selalu mengigatkan diri ini. teruskan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. yang lain kita berserah kpdNya :)

    ReplyDelete
  2. betul tu ckiya... sentiasa berharap kepada Allah memang tiada rugi nya. rugi kalau berharap kepada manusia yg fana ni..^_^

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...