Thursday 29 December 2011

Back to Niat~


                 Assalamualaikum! Hello guys!:)  Malam ni aq nk kongsi sikit apa yg aq dapat masa program solat hajat yg diselingkan dengan kuliah maghrib..( ada iftar free woo.. rugi beb tak datang..hehe ) Anyway, aq bukan nak kongsi pasal iftar( buka puasa ) tuu.. Tajuk kuliah tadi ialah ' ILMU ' ... Dengar macam biasa je kan? Tajuk macam tak menarik kan? Tapi,macam2 yg dikupaskan.. Aq tertarik dgn persoalan yg dilontarkan oleh penceramah tersebut.. APA TUJUAN KITA MENUNTUT ILMU ? adakah kerna ingin mendapatkan segulung ijazah/diploma ?  Atau jawapan tradisional , " EMAK YANG SURUH !"... Itulah jawapan sering kita dengari dari semua orang termasuklah diriku ini..Didalam Islam juga kita diwajibkan untuk menuntut ilmu. Sebenarnya, tujuan kita menuntut ilmu ini hanyalah kerna ALLAH atau lebih tepat MENCARI PEMILIK ILMU TERSEBUT... Seperti dalam math, kenapa korg diajar mengira? Jawapan? Untuk mengetahui bahawa Allah itu SATU. Kenapa belajar Comp Eng , mybe untuk mengetahui hebatnya ciptaan Allah ( manusia ) sehingga mampu mencipta benda yg tak logik dek akal.. Banyak lagi ilmu kat dunia ni.. Semua ada kelebihan masing2 dan AL-QURAN merupakan pelengkap ilmu tersebut.. Ingat sirah? hehe.. ( aq lemah skit bab ni.. paling aq slalu failed mase sek.agama).hehe.. Berkaitan ilmu,  wahyu yg pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Dengan ini, agama Islam dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu dan pengatahuan...
              Dan sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud). Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi). Orang yang mengajar kebaikan, segala sesuatu (segalah-galanya), sehingga ikan-ikan yang ada di dalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir). Selain itu jugak, penceramah tersebut menyentuh tentang umat Islam.. Beliau mengatakan bahawa umat Islam ni kena sentiasa dalam keadaan MODERATE a.k.a BERSEDERHANA.. Yela, dalam menuntut ilmu pon kena moderate, TAK PERLU LAH TERLALU MEMENTINGKAN AKHIRAT sehinggakan ilmu dunia ini kau lepaskan dan sebaliknya.. So, sekarang betulkan niat korang semua.. Kerna setiap perbuatan pasti dimulakan dgn niat.. Jika baik niat ny, InsyaAllah.. Oh! Tetibe aq teringat kepada kata-kata kawan ku iaitu " AKHIRAT YG PERTAMA, TAPI DUNIA BUKAN YG KE-2 "..(besar meaning tuu).. Ok lar, itu jep perkongsian dari diri aq yg fakir ni.. salah dan silap, mintak maap bebanyak..

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...